Pencemaran Bunyi

Pencemaran Bunyi

Pengenalan

Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang mengganggu kehidupan manusia. Apabila kite mendengar bunyi yang bising, ia menyebabkan kita berasas sangat tertekan dan kadangkala menimbulkan rasa marah yang amat ketara pada diri setiap individu. Organ yang sering menjadi mangsa terhadap pencemaran bunyi adalah telinga. Jika individu tidak menjaga pancaindera yang penting ini, kemungkinan besar individu tersebut mengalami pekak dan gangguan pada telinga.

Pada kebiasaannya, semakin meningkat umur seseorang, organ telinga yang berfungsi menukarkan bunyi kepada isyarat yang difahami oleh otak kita akan menjadi semakin lembap dan tidak kuat. Ini bermakna, semakin meningkat umur seseorang, semakin kurang kecekapannya untuk mendengar. Tetapi jika seseorang mendapat pendedahan kepada kebisingan yang kuat untuk satu jangka masa, individu tersebut akan lebih berisiko untuk kehilangan kebolehan untuk mendengar. Ini bergantung kepada tahap kebisingan dan tempoh pendedahan terhdapa individu tersebut.

Definisi

Bunyi boleh diterangkan secara fizik yang bermaksud getaran dalam udaara atau atmosfera yang diterima masuk dalam telinga. Manakala kebisingan pula bermaksud bunyi yang tidak dikehendaki ramai. Jadi boleh dikatakan pencemaran bunyi merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang boleh menggangg aktiviti dan keseimbangan kehidupan manusia atau hidupan.

Sumber-sumber pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi boleh didapati di mana-mana sahaja. Kebanyakan bunyi dihasilkan oleh manusia. Namun terdapat juga sumber pencemaran ini berpunca daripada alam semulajadi. Antara contoh-contoh pencemaran bunyi ialah bunyi petir. Bunyi petir merupakan sumber bunyi yang paling kuat uang dihasilkan oleh alam semulajadi. Walaubagaimanapun, sumber pencemaran daripada alam sekitar ini jarang berlaku malah ianya juga sukar dibendung. Sumber-sumber yang dihasilkan oleh manusia yang penting untuk dibendung kerana ianya paling kerap berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, bunyi yang dihasilkan melalui alat pengangkutan seperti kenderaan bermotor dan kapal terbang. Sumber-sumber pencemaran bunyi tersebut kerap berlaku dan ianya sering mengganggu kehidupan seharian kita terutama sekali ketika kita ingin berehat atau tidur di waktu malam.

Bunyi boleh bergerak dari satu sumber ke satu media atau mengikut arah pergerakan yang berlainan. Perancangan bandar yang lemah menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan rumah kediaman yang berdekatan dengan kawasan pembinaan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman. Contohnya sumber bunyi dari sebuah mesin basuh tersebut boleh berpindah dari satu bangunan yang bertingkat ke bangunan bertingkat yang lain melalui medium udara, dari pelbagai cara seperti dari tingkap yang terbuka, koridor dan lain-lain. Bunyi tersebut boleh dipindah melalui getaran. Mesin basuh yang bersentuhan dengan dinding atau lantai dapat menyebarkan bunyi tersebut kepada kawasan yang berhampiran.

Antara punca-punca lain pencemaran bunyi adalah :

i) Pembangunan kawasan industri

bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain

ii) Kawasan petempatan

bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.

iii) Kenderaan

kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga

iv) Aktiviti masyarakat

mendengar radio/ televisyen dengan kuat.

v) Kuari

bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu

Klasifikasi pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi boleh didapati melaui tahap yang berbeza mengikut perbezaan kawasan seperti di kawasan bandar, tahap kebisingan adalah berbeza seperti tahap kebisingan di luar bandar. Hal ini berlaku kerana kawasan bandar lebih terdedah kepada arus permodenan dan terdapat berjuta-juta kenderaa di atas jalan raya yang beroperasi setiap hari denganmengeluarkan bunyi yang berbeza. Selain daripada itu, pembangunan yang dijalankan di kawasan bandar lebih ketara berbanding di luar bandar dan ini menyebabkan kadar kebisingan di bandar meningkat. Secara ringkasnya, pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :

Kebisingan selanjar
– ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan. Contohnya di kawasan kampung.

Kebisingan fluktasi
– Kebisingan fluktasi ialah kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini, getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya ialah bunyi enjin kenderaan dan individu yang sedang bercakap.

Hentakan impuls
– Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contohnya ialah tembakau, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaanyya tahap ini menyebabkan getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.

Kebisingan selang-seli
– Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contohnya ialah ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Kesan pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi memberikan kesan yang negatif kepada manusia secara berbeza dan bergantung kepada individu tersebut. Secara amnya, kesan kepada pencemaran bunyi boleh dibahagikan kepada dua bahagian :

  1. Kesan ke atas pendengar
  2. Kesan ke atas psikologi

1. Kesan ke Atas Pendengar

Selepas didedahkan kepada tahap 80 dB ke atas dalam jangka masa 0.02 – 0.05 saat, otot-otot telinga akan mengawal reaksi daripada telinga. Jika individu tersebut terus didedahkan kepada keadaan sebegitu selepas 15 minit, otot telinga tersebit akan mula bertenang dan menjadi kurang tegang. Otot- otot telinga tersebut akan mula bertenang selama beberapa saat selepas kebisingan tersebut berhenti. Tetapi, jika telinga terus terdedah kepada kebisingan yang tinggi, pada kebiasaannya telinga kita akan kehilangan pendengaran dengan kadar yang sedikit dan ia terus akan sentiasa berbunyi di dalam telinga. Dengan ini ia mengurangan julat pendengaran individu. Dengan ini individu tersebut tidak dapat membezakan bunyi konsonan seperti f, u, s, z, th, ch, dan sh. Deria pendengaran manusia dapat bertindak sebagai suatu mekanisme pertahanan diri pada keadaan kecemasan. Apabila manusia mendengar bunyi yang negatif seperti daripada harimau atau tanah runtuh, badannya akan bertindak secara fisiologi dengan rembesan adrenalina yang berlebihan ke dalam peredaran darah untuk menghadapi kecemasan ini, iaitu sama ada untuk melarikan diri atau berlawan dengan musuh. Bukan semua bunyi bersifat negatif. Tetapi, jika manusia didedahkankan kepada bunyi positif seperti aliran air, desiran angin, nyanyian burung ini dapat memberi kesan manfaat kepada manusia.

2. Kesan Ke Atas Psikologi

Pencemaran bunyi akan memberi kesan yang nyata kepada psikologi dan minda manusia

a) Gangguan percakapan

Pendedahan kepada kebisingan yang berterusan akan mengganggu kebolehan kita untuk berkomunikasi. Ini adalah disebabkan oleh kecederaan pendengaran dan ini boleh mengganggu percakapan seseorang.

b) Gangguan mental

Gangguan mental terhasil dari reaksi daripada kesan pencemaran bunyi tersebut. Setiap individu mempunyai tahap kebisingan yang tertentu yang menyebabkan individu tersebut berasa kurang selesa. Sebagai contoh, bunyi bising yang dihasilkan pada waktu malam, akan lebih mengganggu mental manusia berbanding waktu siang

c) Gangguan tidur

Kesan kepada gangguan tidur, merupakan kesan utama yang mengganggu kehidupan manusia seharian. Jika terdapat bunyi yang ganjil ataupun kebisingan yang melampau pada ketika itu, setiap individu akan terkejut dan terjaga dari dari tidur. Kesan dari kebisingan tersebut, otot yang melibatkan vasokonstriksi kapilari darah periferi dan menyebabkan pengurangan pengaliran darah. Keadaan ini akan menyebabkan anak mata membesar, kulit menjadi pucat, pengurangan rembesan gastrik, peningkatan tekanan darah diastol dan rembesan adrenalina yang berlebihan ke dalam peredaran darah yang akan meningkatkan ketegangan saraf dan otot, kegelisahan, mudah tersinggung, dan kebimbangan.

Cara mengawal pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh alam semulajadi sukar untuk dikawal, tetapi terdapat cara untuk mengawal pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Terdapat dua cara pada ketika ini digunakan untuk mengawal pencemaran bunyi iaitu penguatkuasaan undang-undang dan kawalan secara teknikal.

a) Penguatkuasaan Undang-Undang.

Melalui penguatkuasaan undang-undang, banyak sumber-sumber pencemaran bunyi dapat dikurangkan. kebanyakan negara menggunakan undang-undang tersebut untuk mengurangkan pencemaran bunyi yang semakin berleluasa terutamanya pencemaran bunyi dari kenderaan bermotor. Undang-undang tersebut juga ada digunakan di Malaysia. Ia meliputi kenderaan bermotor, penerbangan tempatan, kualiti alam sekeliling, kilang dan jentera dan lain-lain. Melalui undang-undang tersebut, sesebuah negara dapat mengurangkan secara tidak langsung kuantiti pencemaran bunyi kepada kadar yang lebih minimum sekaligus dapat mengurangkan risiko kesan pencemaran tersebut kepada manusia.

b) Kawalan Secara Teknikal.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan dalam kawalan secara teknikal. Teknologi yang semakin membangun pada masa kini dapat mengurangkan atau menyingkirkan bunyi. Sebagai contoh, untuk mengurangkan bunyi di jalan raya, penggunaan halangan bunyi, mengehadkan kelajuan di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk, menukar tekstur jalan, mengubah reka bentuk tayar dan lain-lain. Dengan kemajuan teknologi yang semakin maju, bunyi bising dari kapal terbang juga dapat dikurangkan dengan mereka bentuk enjin jet yang lebih senyap. Ini dapat mengurangkan tahap bising untuk penduduk yang menetap berhampiran di kawasan lapangan terbang. Kebisingan hasil dari kawasan perindustrian juga dapat dikurangkan dengan mereka bentuk semula peralatan perkilangan, memasang sistem penggantungan dan halangan fizikal di tempat kerja.

Kesimpulan

Pencemaran bunyi banyak menggangu persekitaran hidup manusia seharian. Dalam era yang serba maju ini, terdapat pelbagai cara untuk seseorang individu tersebut mendapat kesan hasil dari pencemaran bunyi tersebut. Walaupun terdapat cara-cara untuk mengatasinya, manusia sendiri perlu sedar tentang kepentingan bunyi kepada kehidupan manusia dan kita perlu bersama-sama berusaha untuk membendungnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s